• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Minat Beli Jet MiG-29 Dari Malaysia

oleh
06/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – India telah menyatakan minat untuk membeli jet pejuang MiG-29 daripada Malaysia dengan menaik taraf pesawat itu untuk kegunaan tentera udara negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan tersebut adalah antara aspek kerjasama ketenteraan yang dipersetujui antara Malaysia dan India.

Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melihat bentuk kerjasama, termasuk pengendalian pesawat tempur Sukhoi dan peralatan ganti pesawat berkenaan, katanya.

“Ada juga kemungkinan mereka akan beli pesawat MiG-29 kita, untuk mereka pasang pulih. Sebagai timbal balas, kita menerima peralatan ganti untuk program pesawat Sukhoi kita,” katanya pada sidang media di akhir lawatan enam hari beliau ke India yang bermula 30 Mac di Chennai.

Menurut majalah penerbangan ketenteraan, ‘AirForces Monthly’, TUDM pada 1995 telah memperoleh 18 buah jet pejuang MiG-29N dari Rusia dan pada ketika ini terdapat 10 buah MiG-29N dan dua pesawat latihan MiG-29NU dalam asetnya.

Najib juga berkata, lawatan ke India kali ini merupakan satu kejayaan dalam bidang pelaburan antara kedua-dua negara, di mana sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (B-to-B) telah dimeterai dengan jumlah pelaburan sebanyak AS$35.99 bilion (RM159.26 bilion).

India Minat Belia Jet MiG-29 Dari Malaysia

Kerjasama yang dimeterai meliputi pembinaan pelabuhan, jalan raya, pembangunan tenaga solar, pembangunan bandar pintar, taman teknologi, pembangunan minyak sawit dan kelapa serta pendidikan tinggi.

Di samping itu, Syarikat Topworth Group dan Samarth Group dari India telah menyerahkan Surat Hasrat Melabur (LOI) untuk pelaburan berjumlah AS$380 juta (RM1.6 bilion) di Malaysia, tambah beliau.

Syarikat Samarth, yang merupakan pengeluar pelbagai produk perubatan kritikal bercadang melabur AS$80 juta (RM352 juta) di Iskandar Malaysia, Johor, manakala Topworth pula merupakan pengeluar aluminium foil untuk pembungkusan ubat dengan pelaburan berjumlah AS$300 juta (RM1.32 bilion) di Bintulu, Sarawak.

Najib juga berkata, Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan enam pakej pembinaan jalan raya sepanjang 3,000 kilometer di Rajashtan dengan anggaran pelaburan AS$1.5 bilion (RM6.5 bilion).

“Lawatan saya ke Jaipur menjelaskan kesungguhan Malaysia dalam projek pembinaan jalan raya di Rajashtan di mana model yang akan dilaksanakan oleh Malaysia bakal menjadi contoh kepada negeri-negeri bersebelahan Rajashtan,” katanya. – BERNAMA

Tags: IndiaTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd