• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gandingan Fattah, Fazura Bakal Cetus Fenomena Baru?

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan, air tangan sutradara Micheal Ang memang ‘berhantu’ sehingga majoriti drama bersiri arahannya mencetuskan fenomena luar biasa.

Setelah meletup dengan drama Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) lakonan Neelofa dan Fattah Amin yang sehingga kini masih belum reda ‘demamnya’, terbaru Micheal bakal menyajikan karya terbaru iaitu Hero Seorang Cinderella (HSC).

Kali ini, pengarah itu masih menggunakan formula yang sama dalam plot ceritanya iaitu gadis biasa yang dicintai lelaki berstatus tinggi, namun dengan sedikit ‘twist’.

Gandingan Fattah, Fazura Bakal Cetus Fenomena Baru?

Selepas berjaya mewujudkan chemistry antara Fattah dan Neelofa, dalam HSC Micheal sekali lagi ‘memancing’ perhatian peminat dengan menggandingkan aktor itu dengan Fazura pula.

Berdasarkan sedutan teaser yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Micheal sengaja membuat peminat jadi tidak keruan dengan menunjukkan satu babak daripada HSC.

Ok video ni raw aje color n audio tak buat apa2 pun. Music pun pakai apa yg ada Kat laptop! Saja nak share with my fans! Btw this is the only video I Akan share dgn u all from the series punya footages! Sebab tak nak dengar or baca comment2 yg mcm kesial tu! Lofa, faz, Fattah semua kawan, tak nak sebab post i they all baca comment2 kesial tu semua! I love u all n enjoy this one Minute raw footages edit pakai handphone #hanyamengunakaniphone7plus luv luv luv for all your support!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on Apr 4, 2017 at 4:27am PDT

Menangis kami di bucu meja begini!

Bukan kami sahaja yang berkobar-kobar nak saksikan HSC ini, malah para netizen juga tidak sabar:

“@patintempoyakchuein: Tak bosan langsung tengok @michaelang38.”

“@iam_aidah: Dah berapa kali ulanggg ni…adehhh so sweet lahh”

“@iez4ty_: tak sabarnya nak tengok.”

“@rubellna: Aaaaaa suka suka!!”

“@silknlace_121: Mak aihh.. dah lebih 20 kali ulang ni.”

“@suraya.ar76: Major love ❤️ @missfazura @fattahaminz.”

“@hilfierzaadear8: Still senyum sorang2 tengok nie.”

“@azura_rasiddin: Kan datin @feexfee2 kannn? Same here… rasa cammm oh myyyyyyy. Suka chemistry dorang. Mesti best cam suri hati nieeee congrats @datomuzri @anjell.sinuraz_”

“@hajarul__aswad: senyum sesorang… tak sabar nak tunggu tayangan…”

“@nurazerine: Pengsan jap!! Sebab gula banyak sangat.. Nak kene potong kaki jap.. Help2!! I need cpr!! Hahahahaa.. Sweettt.. Tak sabar nak tengok..”

“@ladyylynda: Yeahh satu kelainan! Camni laa teruskan kesweetan mereka berdua. Tak sabar nak tengok.”

Video tersebut kini telah ditonton sebanyak 122,622 kali dan menerima lebih 2,000 komen setakat ini setelah kurang 24 jam dimuat naik.

Apakah kegilaan terhadap HSC bakal meledak sedikit masa lagi? Dengan peminat Micheal Ang, Fattah Amin dan juga Fazura yang tidak jemu memberi sokongan padu, kami rasa drama ini akan mencetuskan fenomena yang lebih dahsyat daripada SHMP! – MYNEWSHUB.CC

Tags: ArtisdramaFattah Aminfazuramicheal ang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd