• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Ketenteraan Bahrain-Malaysia Diperkukuh

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas Arab Saudi, kerajaan Bahrin turut menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang ketenteraan dan pertahanan.

Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa malah menyatakan hasrat baginda untuk datang ke Malaysia dan melihat dengan lebih dekat keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Raja Bahrain menyatakan hasratnya itu dalam lawatan beliau ke negara berkenaan beberapa hari lalu.

“Dalam pertemuan ini, baginda secara peribadi melahirkan rasa bangga atas hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua negara. Baginda turut menyatakan rasa gembira dengan kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Bahrain yang semakin kukuh terutama dalam bidang ketenteraan dan pertahanan.

“Saya juga mengambil kesempatan berkongsi maklumat dan pengalaman dengan baginda berhubung usaha Malaysia dalam menangani ancaman pengganas khususnya kumpulan daesh. Saya turut memaklumkan kepada baginda berkaitan cadangan penubuhan King Salman Centre For International Peace (KSCIP) yang sedang diusahakan Malaysia dan Arab Saudi.

“Baginda telah menyatakan hasrat untuk datang ke Malaysia dan melihat lebih dekat ATM dan keupayaan angkatannya dalam memperkukuhkan kerjasama selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau turut bertemu dengan Putera Mahkota Bahrain merangkap Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain, Putera Salman Hamad Isa Al-Khalifa; Menteri Pertahanan Bahrain, Leftenan Jeneral Yusuf Ahmed Al-Jalahma dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Bahrain, Shaikh Khalifa Ahmed Al Khalifa.

“Sebagai timbal balas, satu delegasi tertinggi ATM yang diketuai Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohamaed Affandi Raja Mohamed Noor akan ke Bahrain untuk membincangkan lebih lanjut dan terperinci berhubung kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang akan dilaksanakan antara ke dua-dua negara.

“Ini termasuklah untuk mengadakan latihan ketenteraan bersama bagi meningkatkan kemahiran tentera Bahrain dalam peperangan di hutan dan meningkatkan kemahiran tentera Malaysia dalam peperangan di gurun,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Raja BahrainRaja Hamad Isa Al Khalifa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Bahrain Meterai 4 MoU, 1 Perjanjian

03/05/2017
0

PUTRAJAYA - Malaysia dan Bahrain hari ini menandatangani perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan empat Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan,...

Raja Hamad, Najib Adakan Pertemuan Di Putrajaya

03/05/2017
0

PUTRAJAYA - Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd