• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Bahrain Meterai 4 MoU, 1 Perjanjian

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dan Bahrain hari ini menandatangani perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan empat Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan, perusahaan kecil dan sederhana (SME), minyak dan gas serta perdagangan di pusat pentadbiran Persekutuan di sini.

Majlis menandatangani perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan MoU itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Seri Perdana di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menandatangani perjanjian itu bagi pihak Kerajaan Malaysia manakala Bahrain diwakili oleh Menteri Luar, Shaikh Khalid Ahmed Mohamed Al Khalifa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Left. Jen. Diyab Saqer Alnoaimi daripada Angkatan Pertahanan Bahrain menandatangani MoU kerjasama dan pertukaran berkenaan pertahanan

MoU berkenaan perusahaan kecil dan sederhana (SME) ditandatangani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Industri, Perdagangan dan Pelancongan Bahrain, Zayed R. Alzayani.

MoU lain yang ditandatangani hari ini ialah berkaitan kerjasama dalam sektor huluan dan gas asli cecair (LNG) antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan National Oil and Gas Authority (NOGA Holdings) dari Bahrain.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Menteri Minyak Bahrain, Shaikh Mohamed Khalifa Ahmed Al Khalifa.

Mou antara Dewan Perniagaan dan Perindustrani Bahrain (BCCI) dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) ditandatangani oleh Presiden NCCIM, Datuk Ter Leong Yap dan Pengerusi BCCI, Khalid Abdulrahman Khalil Almoayed.

Perdana Menteri menjadi hos kepada majlis makan malam sempena lawatan negara Raja Hamad ke Malaysia selepas majlis menandatangani perjanjian dan MoU itu.

Raja Hamad Isa Al Khalifa tiba di sini pada Ahad untuk lawatan empat hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Tags: MoURaja Hamad Isa Al Khalifa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd