SANDAKAN – Tiga kenderaan rosak akibat dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran bangunan Harbour View di Jalan Old Slipway Bandar Sandakan, hari ini.
Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Andre Andrew berkata seorang lelaki yang memandu dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV terlibat ketika kejadian berlaku, bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan.
Katanya dua lagi kereta terlibat adalah yang diparkir di kawasan itu.
Menurutnya bomba menerima panggilan kecemasan itu pada 11.52 pagi dan kerja membersihkan pokok yang tumbang selesai pada 1.20 tengah hari. – BERNAMA

