• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Gembira Jadi Anggota Delegasi Lawatan PM Ke India

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan AirAsia berkata syarikat penerbangan itu gembira menjadi sebahagian daripada anggota lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India, sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd/Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Group Datuk Kamarudin Meranun berkata sebagai anggota utama Majlis Perniagaan Malaysia India, AirAsia gembira dijemput menjadi sebahagian anggota delegasi dan terlibat dalam forum perniagaan yang dianjurkan bersama oleh Persekutuan Industri India.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarudin berkata kumpulan itu menyediakan input mengenai pelbagai perkara yang sangat penting dalam memudahkan pembangunan sosioekonomi, pelaburan perdagangan dan pelancongan antara kedua-dua negara, selain elemen penting dalam menyediakan sumbangan segera kepada ekonomi.

“Kami memuji pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengenai e-visa yang sah selama 15 hari memandangkan terdapat keperluan segera bagi menggalakkan perjalanan bebas visa bagi penduduk India dan Malaysia,” katanya.

Kamarudin berkata berita baik ini pastinya menggalakkan perjalanan pelancong antara kedua-dua negara dan menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi menerusi pelancongan dan pengembaraan, yang akan menyediakan sumbangan segera kepada pertumbuhan ekonomi.

“Kami juga gembira terhadap kajian semula Perjanjian Perkhidmatan Udara Dua Hala antara India dan Malaysia, dan merakamkan penghargaan kami kepada kerajaan India atas penambahan slot untuk syarikat penerbangan dari Malaysia beroperasi antara kedua-dua negara.

“AirAsia, sebagai satu kumpulan, mengendalikan 109 penerbangan antarabangsa setiap minggu ke 13 destinasi di India, angka yang agak kecil berbanding saiz negara itu,” kata Kamarudin.

Beliau berkata kumpulan itu berharap dapat bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia dan India bagi menambah jumlah ketibaan pelancong, bagi kedua-dua negara memandangkan AirAsia menyasarkan untuk menyediakan penyambungan perjalanan yang lebih luas antara India, Malaysia dan ASEAN.

“Kami di AirAsia boleh menyediakan sambungan untuk membolehkan industri-industri lain membangun, berkembang dan makmur terutama dalam infrastruktur pelancongan, kesihatan, pendidikan serta hubungan sosioekonomi,” kata Kamarudin.

Usaha sama dua konglomerat besar, AirAsia India kini dalam fasa pertumbuhan.

Bakal menerima Airbus A320 kesembilan, syarikat penerbangan itu baru-baru ini mengumumkan Kolkata sebagai hab ketiga yang akan dihubungkan ke Ranchi dan dari situ ke New Delhi.

AirAsia India mempunyai tiga hab dalam negara iaitu Bengaluru, New Delhi dan Kolkata.

Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke India dari 30 Mac hingga 4 April. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd