• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penyelia Lombong Haram Didakwa Sogok Pegawai SPRM

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aktiviti perlombongan pasir secara haram di tanah rizab kerajaan, di Putrajaya, tahun lepas.

K. Mohan, 42, dan How Ah Lai, 45, kedua-duanya merupakan penyelia tapak lombong haram, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mohan didakwa memberi suapan wang tunai RM2,000 kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM, Mohd Izham Mohd Hashim, 36, sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah akta SPRM 2009.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Tanah Rizab Kerajaan, Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya, pada pukul 1.10 tengah hari, 11 Feb 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

How pula didakwa memberi suapan wang tunai RM300 kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM, Mohd Zaki Johari, 34, sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kesalahan sebuah lori yang membawa muatan pasir keluar daripada kawasan perlombongan di Presint 20, Putrajaya, kepada pihak berkuasa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tapak perlombongan Presint 20, Putrajaya, antara 1 dan 1.30 tengah hari, 11 Feb 2016 mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 yang boleh dihukum mengikut seksyen SPRM sama yang memperuntukkan hukuman sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Zaki Mohd Salleh menawarkan wang jaminan RM20,000 untuk Mohan dan RM10,000 bagi How atas alasan jumlah jaminan itu adalah munasabah.

Peguam Datuk Rajpal Singh, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan mereka perlu menyara keluarga.

Madihah membenarkan Mohan diikat jamin RM15,000 manakala How RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd