• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Pecat 20 Staf Dalam Rombakan Terbesar

oleh
04/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI terkejut tetapi apakah kini bermula ‘revolusi’ dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang perlu kejar masa demi memantapkan kembali sukan No.1 Malaysia itu di peringkat global?

Ada juga netizen tempatan yang berdoa semoga langkah drastik dilakukan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim setelah menjadi Presiden FAM baharu ini sebagai ikhtiar terbaik dan tepat.

Peminat tegar pasukan Harimau Malaya itu malah sudah lama bercakap soal ini sehingga pernah tular kempen untuk rombak FAM dibuat secara meluas melalui media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan lalu.

Portal tempatan AgendaDaily dalam laporannya menyatakan Malaysia sudah lama mengimpikan untuk beraksi di peringkat Piala Dunia setelah kecewa sejak 30 lalu tahap negara kita ketinggalan dalam arena bola sepak.

Terbaharu FAM pada Isnin memulakan langkah mengecilkan saiz staf kejurulatihan dan pentadbirannya seperti dijanjikan TMJ apabila memecat 20 kakitangannya.

Antaranya Penolong Setiausaha Agung, Lazarus Jansen Xavier dan jurulatih dari Jerman, Frank Bernhanrdt yang dipercayai turut termasuk dalam senarai ‘panas’ bakal dibuang kerja itu.

FAM turut menukar nama gelaran Harimau Malaysia yang baru digunakan beberapa tahun lalu apabila kini kembali semula kepada Harimau Malaya selain mengembalikan logo lama untuk skuad senior kebangsaan.

TMJ, dalam kenyataan pertama selepas disahkan jawatan presiden menerusi Kongres FAM Ke-53 pada 25 Mac lalu, menyatakan hasrat untuk mengurangkan tenaga kerja berlebihan dalam badan induk bola sepak negara itu.

Dalam sidang akhbarnya ketika itu, Tunku Ismail turut mengumumkan pertukaran jawatan Datuk Ong Kim Swee daripada jurulatih skuad senior kepada jurulatih skuad bawah 23 yang sebelumnya diisi oleh Bernhardt.

TMJ bagaimanapun pada waktu itu berkata kedudukan Bernhardt akan diteliti semula kerana masih mempunyai tempoh kontrak de­ngan skuad Sukan SEA menjelang temasya itu di ibu negara sehingga hujung tahun ini.

Ini bermakna tindakan pemecatannya daripada jawatan itu akan membuatkan pihak FAM perlu membayar pampasan walhal TMJ melakukan rombakan demi mengurangkan beban kewangan organisasi tersebut

Bagaimanapun, semalam bukan sahaja Bernhardt dipercayai dipecat tetapi juga tujuh staf kejurulatihan termasuk penolongnya Aminuddin Hussin dan dua pembantunya yang lain bakal dibuang kerja.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dipetik portal itu sebagai turut mengesahkan tindakan pemecatan 20 pegawai dan kakitangan berkenaan namun belum lagi mendedahkan nama mereka.

Kata beliau lagi, keputusan dramatik itu diambil selepas semua ahli Exco FAM bersetuju untuk melakukan penstrukturan semula badan induk tersebut.

“Tunku Ismail dan juga ahli Exco telah bersetuju untuk menyusun semula organisasi FAM. Ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal kewangan persatuan.

“Ini juga bertujuan untuk tidak membazirkan duit persatuan seperti apa yang telah Tunku Ismail katakan untuk berbelanja dengan berhemah disebabkan sebelum ini banyak sangat pembaziran.

“Seramai 20 kakitangan pentadbiran dan teknikal telah ditamatkan perkhidmatan dalam FAM untuk memastikan perjalanan organisasi ini mencapai hala tuju yang sepatutnya,” kata Hamidin.

Beliau turut menjelaskan bahawa setiap kakitangan yang dipecat akan menerima pampasan gaji selama tiga bulan gaji dan pemecatan tersebut telah pun dimaklumkan pada hari ini.

“Mereka dimaklumkan pada hari ini berserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15 April ini. Untuk makluman, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragam serta digabung mengikut organisasi ditetapkan,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Hamidin berkata nama jolokan skuad senior iaitu Harimau Malaysia ditukar kembali kepada Harimau Malaya yang merupakan nama asal pasukan itu sejak ditubuhkan.

“Penukaran ini adalah atas titah Tunku Ismail selaku presiden. Ia juga selaras permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah pernah dilakar pasukan kebangsaan pada zaman kegemilangan.

“Oleh yang demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuat kuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemas kini menerusi laman rasmi FAM,” katanya lagi.

Nama Harimau Malaysia digunakan secara rasmi selepas bekas Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkannya pada Februari tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMHarimau MalayaTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd