• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Sultan Johor: Reman ‘Tan Sri’ Dilanjut 3 Hari

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini melanjutkan tempoh reman seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ selama tiga hari bagi membantu siasatan kes cubaan merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran.

Perintah reman bermula esok sehingga 7 April itu, dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman berikutan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 54 tahun itu menutup muka dengan baju lokap berwarna jingga ketika tiba di perkarangan mahkamah diiringi pegawai SPRM pada 9.30 pagi.

Ahli perniagaan itu ditahan SPRM selepas menyerah diri di ibu pejabat suruhanjaya di sini pada Khamis lalu, 30 Mac, dan direman lima hari.

Ini susulan amaran oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki yang mahu individu itu tampil menyerah diri atau gambarnya didedahkan kepada umum.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM kerana cuba salah guna kuasa dengan meminta atau menerima rasuah untuk kepentingan peribadi.

Lelaki itu diwakili tiga peguam iaitu Datuk K. Kumaraendran, Datuk Joshua Kevin dan Linda Goh.

Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada ketua setiausaha negara bagi mendapatkan anugerah bergelar ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd