• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketepikan Perbezaan Bagi Bentuk Budaya Quranic

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Umat Islam di negara ini diseru mengetepikan perbezaan terutamanya dari segi politik bagi membentuk budaya Quranic dalam kalangan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata budaya Quranic (berpandukan al-Quran) dapat membentuk akal Quranic yang seterusnya mewujudkan sahsiah dan personaliti seperti yang tercatat dalam kitab suci itu.

“Kepimpinan kita, ulama kita harus mengajar dan mewujudkan budaya Quranic di kalangan ummah secara keseluruhannya.

“Dengan berpandukan Al-Quran negara kita akan selamat dan insyaAllah masyarakat Quranic ini akan membawa kepada negara yang aman damai,” katanya di sini malam tadi.

Beliau berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H/2017 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan kira-kira 5,000 hadirin.

Ahmad Zahid berkata umat Islam keseluruhannya terutamanya di negara ini harus memahami Al-Quran dan bukan sekadar menterjemahkannya.

Beliau berkata mereka harus mempelajari tafsir Al-Quran dan unsur-unsur berkaitan dengannya agar manusia dapat menghayati kitab suci itu sebagai panduan.

“Al-Quran adalah sebuah panduan kepada manusia sejagat yang di dalamnya terdapat maksud yang tersembunyi yang perlu difahami dan dihayati.

“Kita harus jadikan Al-Quran sebagai tapak untuk suatu visi, suatu pandangan ke hadapan.

“Kita harus letakkan peta-peta ummah berpandu Al-Quran bukan hanya untuk tempat tertentu sahaja, untuk kita berpijak kepada masa depan negara yang lebih baik,” katanya.

Ahmad Zahid berkata hukum yang berasaskan Al-Quran tidak boleh dipertikaikan dan jika sesuatu hukum itu tidak dapat dirujuk daripada Al-Quran, rujukan seterusnya ialah Hadis.

“Jika ada di kalangan ummah mahu menolak Hadis apatah lagi Hadis yang mempunyai hubungkait secara langsung dengan Al-Quran golongan begini adalah tidak bersama dengan kita.

“Pegangan kita Ahli Sunnah Wal Jama’ah… kita tidak mahu umat Islam di negara kita dipetak-petakkan dengan perbezaan yang tidak lagi bersandar Al-Quran dan Hadis,” katanya.

Beliau berkata masyarakat perlu menolak anasir-anasir yang merosak minda masuk ke negara ini dan memecahkan perpaduan umat Islam yang telah terjalin sejak sekian lama. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd