• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Meningitis: 328 Orang Maut Di Nigeria

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABUJA – Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (NCDC) mengesahkan sekurang-kurangnya 328 orang maut akibat wabak terkini meningitis yang menular di seluruh Nigeria dengan sejumlah 2,524 kes disyaki telah direkodkan.

Ketua Pegawai Eksekutif NCDC Dr. Chikezie Ihekweazu berkata, sejak seminggu lepas negeri paling terjejas termasuk Zamfara, Sokoto, Katsina dan Niger. Wabak menular di 16 daripada 36 negeri dan lima orang dilaporkan terbunuh di Wilayah Persekutan Negara (FCT) Abuja.

“Kira-kira 2,524 kes dicatatkan di seluruh negara dan 131 kes telah disahkan meningitis dan 328 kematian,” katanya sambil menambah wabak itu bermula di Zamfara sebelum merebak ke negeri lain.

Beliau berkata, NCDC kini bekerjasama dengan kerajaan negeri, Agensi Pembangunan Penjagaan Kesihatan Utama Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi membendung gejala dan banyak kemajuan telah dibuat setakat ini, katanya.

Ihekweazuu berkata, untuk jangka masa pendek setiap individu juga boleh memainkan peranan masing-masing bagi melindungi diri mereka daripada jangkitan.

Bakteria meningitis boleh menjejaskan otak dan saraf tunjang yang dijangkiti melalui hubungan orang-ke-orang seperti bersin batuk atau berada di kawasan sesak.

Selain itu rakyat perlu menjaga kebersihan diri dan memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang baik.

Nigeria kini sedang menunggu bekalan vaksin dari WHO dan Britain. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd