• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perak Nasihati Siti Kasim Pelajari Agama Islam

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mufti Perak Tan Sri Dr. Harussani Zakaria hari ini menasihati Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim agar mempelajari dan memahami agama Islam sebelum membuat kenyataan tentang agama itu.

Kata beliau sebagai peguam, Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh isu tauhid yang jelas bukan bidangnya.

“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad. Orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam,” katanya dalam sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini.

Harussani mengulas laporan media yang menyebut tentang kenyataan Siti Kasim berhubung tuhan dalam satu temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas.

“Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah.

“Kita beruntung kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Cukup beruntung. Pelajarilah agama Islam yang dibawa oleh mak dan bapa kita. Kita pertahanlah agama itu. Jangan kita bercakap perkara yang kita tidak tahu kerana itu akan merosakkan diri kita,” kata Harussani lagi.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan tuhan. – BERNAMA

Tags: siti kasim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Suspek Disyaki Dikesan Letak Bom Di Kereta Siti Kasim

Tiada Suspek Disyaki Dikesan Letak Bom Di Kereta Siti Kasim

14/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh polis berhubung siasatan kes penemuan objek yang merupakan bom jenis Improvised Explosive...

Bom Pada Kereta Siti Kasim Disyaki Cubaan Bunuh

Bom Pada Kereta Siti Kasim Disyaki Cubaan Bunuh

24/07/2023
0

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan penemuan objek dipercayai bahan letupan di kenderaan aktivis dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd