• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Subjek Khusus Mahirkan Pelajar Dengan Media Sosial

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kementerian Pendidikan disaran mewujudkan subjek kemahiran media sosial di sekolah sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat ketika ini.

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, sudah sampai masanya kerajaan memikirkan silibus atau subjek khusus mengenai kemahiran media sosial kerana ia semakin penting.

“Kemahiran media sosial itu penting sebab itu dapat menghubungkan kita dengan masyarakat dan hari ini kemahiran itu semakin penting kerana banyak maklumat disalur melalui media sosial.

“Mungkin Kementerian Pendidikn dapat mengenalpasti satu subjek khusus agar pelajar dapat mahir menggunakan media sosial dan pada masa yang sama mahir untuk menapis berita dan maklumat yang tidak betul di media sosial.

“Kemahiran menggunakan media sosial sangat penting sebab banyak orang menggunakan media sosial pada masa kini,” katanya ketika ditemui Bernama sempena majlis perasmian penutup projek “Lets Speak & Be Ready For Job 2017” di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta para graduan di universiti awam mahupun swasta menguasai bahasa Inggeris dengan baik bagi memudahkan mereka diterima di pasaran pekerjaan yang kian mencabar.

“Kelemahan utama graduan hari ini ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah, mereka ini pandai dari segi pencapaian akademik dan mendapat pointer terbaik tetapi kemahiran berkomunikasi masih lemah dan rendah dan perlu diperbaiki,” katanya.

Program anjuran kerajaan negeri Kedah bersama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu melibatkan penyertaan 300 pelajar tingkatan enam dari lima buah sekolah terpilih di daerah ini.

Menerusi program tersebut, peserta diajar cara-cara penulisan biodata diri dalam bahasa Inggeris, berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta merasai sendiri sesi temuduga pekerjaan oleh pihak penemuduga dari syarikat-syarikat anak kerajaan negeri (GLC).

Sementara itu, seorang pelajar, Muhammad Ezril Fitri Iman Mat Zamri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, di sini berkata, program seperti ini patut diperluaskan ke sekolah-sekolah lain kerana memberi pengalaman berharga kepada pelajar menempuh alam pekerjaan. – BERNAMA

Tags: media sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd