• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sindir Azmin Kami Tok Lebai ‘Legislator’

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kami bukan setakat Tok lebai tapi Tok lebai yang “legislator”,” kata pemimpin PAS, Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, sebagai Tok Lebai “legislator” maka menjadi kewajipan kepada pemimpin PAS bercakap dan menggubal hukuman Islam.

“Saya ditanya Ahli Parlimen bukan islam, kenapa PAS bersungguh nak laksanakan hukum Islam. Mengapa tidak utamakan dulu soal mendidik kerana islam mengutamakan pendidikan berbanding hukuman.

“Saya jawab ya Islam utamakan pendidikan namun untuk menjaga manusia Allah sebagai pencipta manusia telah mempersiapkan acuan hukuman sebagai sebahagian bentuk pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Ahmad Marzuk menyeru segelintir pihak yang menganggap diri mereka sebagai agamawan jangan mengelirukan pemahaman orang ramai terhadap Islam.

“Penjelasan tentang Islam mestilah dalam ruang teks dan juga konteks. Semoga Allah memberi hidayah buat kita dan mereka,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.

Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemimpin PAS berpakai seperti lebai tetapi memiliki perangai yang hodoh.

Usaha PAS untuk meminda Akta 355 di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah dibantah hebat oleh Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP dan dianggotai Parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR)

DAP mengganggap pindaan Akta 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang zalim, kuno dan bersifat menindas.

PKR dan PAN pula mendakwa cadangan PAS itu mengelirukan dan menimbulkan keresahan bukan Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengecam usaha PAS untuk meminda Akta 355 yang akan turut mempertingkatkan hukuman ke atas mereka yang berzina dan minum arak.

Mohd. Asri berhujah Islam melarang menangkap orang yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti di dalam rumah atau bilik yang berkunci. – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd