• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Patut Jadi Pengerusi Pakatan Harapan

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penasihat DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyandang jawatan pengerusi Pakatan Harapan memandangkan DAP merupakan parti terbesar dalam pakatan tersebut, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata jika Lim melantik orang Melayu untuk menyandang jawatan itu, ternyata ia adalah muslihat untuk memperdaya pengundi Melayu.

“Lim Kit Siang jangan cuba perlekeh dan perdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP.

“Kita semua tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina dan Lim Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu juga berkata Lim perlu memegang jawatan pengerusi jika mahu membuktikan pakatan itu bukan ‘Pakatan Ali Baba’.

Ismail Sabri berkata orang Melayu perlu sedar bahawa Lim perlukan undi orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini dilaporkan akan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai penasihat bersama jawatankuasa pro-tem pakatan itu dengan penyandang jawatan pengerusi masih menjadi tanda tanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd