• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Nafi ‘Buru’ Dan Saman Pelajar Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan ia melaksanakan penguatkuasaan dalam kawasan sekolah termasuk mengenakan saman ke atas pelajar yang didapati melakukan kesalahan lalu lintas.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nadzri Siron berkata kehadiran pihaknya di sekolah bermula bulan lalu adalah untuk kempen keselamatan dan penguatkuasaan bagi pelajar.

“Program ini dilaksanakan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pendidikan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

“Tujuan utamanya ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa mengenai peraturan jalan raya selain kepentingan mempunyai lesen yang sah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Kinta di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar anggota JPJ mengeluarkan saman kepada pelajar sekolah dan meminta mereka membayar saman baru-baru ini yang tular menerusi media sosial.

Nadzri menjelaskan gambar yang tular tersebut merupakan sebahagian daripada kempen keselamatan dan penguatkuasaan terhadap pelajar sekolah di seluruh negara bulan lalu.

“Sebanyak tiga sekolah akan dipilih untuk program itu di setiap negeri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan semasa kempen itu, pelajar yang dikesan mempunyai rekod kesalahan akan diberi notis arahan temu siasat bagi membolehkan JPJ menjalankan pemeriksaan lanjut serta memberi khidmat nasihat kepada mereka. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd