• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Perhebat Operasi Kesan Pendatang

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah bakal menubuhkan pasukan petugas khas bagi memperhebatkan operasi mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin di Sabah dalam tempoh terdekat susulan pengumuman hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata selain itu, perbincangan dengan Jabatan Imigresen akan dijalankan bagi mengkaji masalah dan kelemahan terhadap pelaksanaan operasi memerangi pendatang tanpa izin.

“Pemeriksaan dari rumah ke rumah, kampung-kampung atas air, semua tempat perusahaan termasuk estet-estet untuk menangkap mana-mana pekerja yang tidak mempunyai permit akan dijalankan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan Pelatih Konstabel Sokongan siri 1/2014, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan ‘Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah’ yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Rabu lepas.

Katanya polis akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Tetap dan Jawatankuasa Kerja yang dilantik dalam penugasan program-program atau permohonan yang akan dilakukan oleh jawatankuasa berkenaan.

Jalaluddin juga menyarankan pusat tahanan Imigresen pendatang tanpa izin ditambah bagi menampung jumlah mereka yang ditahan dalam setiap operasi bersepadu yang dijalankan.

Dalam pada itu, katanya, pelaksanaan perintah berkurung fasa kesepuluh yang dikuatkuasakan di kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) berakhir Isnin ini akan dilanjutkan selama 14 bermula Selasa (9 Dis) ini.

Beliau berkata perintah berkurung itu berkuatkuasa dari jam 7 malam hingga 5 pagi diteruskan bagi mengkaji tahap keselamatan perairan di negeri ini.

“Tahap keselamatan masih terkawal, tetapi kita tidak boleh memandang ringan kerana hasil risikan mendapati maklumat kegiatan-kegiatan rentas sempadan masih merancang untuk menggerakkan penculikan dan pencerobohan,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan perintah berkurung itu berkesan dalam memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas terutamanya melibatkan pemeriksaan bot-bot yang belayar pada waktu malam.

Fasa pertama perintah berkurung di enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau dikuatkuasakan pada 19 Julai lalu berikutan beberapa insiden penculikan melibatkan rakyat tempatan dan asing di beberapa daerah di timur Sabah. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di media sosial berkata, Rukun Negara yang sering dibaca dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd