• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Kedah Rampas Jersi Tiruan Kedah

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 42 jersi tiruan pasukan Kedah bernilai kira-kira RM1,680 di beberapa premis sekitar Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata empat peniaga turut ditahan dalam operasi membanteras jersi tiruan selepas menerima aduan dua wakil syarikat AL-Sport Sdn. Bhd. selaku penaja utama jersi skuad Kedah.

“Kita terima aduan daripada pemilik cap dagang mengenai segelintir peniaga yang menjual jersi Kedah atas jenama AL tiruan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Shamsul berkata, seramai 12 penguat kuasa ditugaskan untuk membuat pemeriksaan di premis yang dikenal pasti menjual jersi tiruan.

“Kita juga kesal mereka meletakkan harga jersi asli iaitu RN109 sehelai sedangkan ia jersi tiruan, semata-mata untuk menarik perhatian sebelum dijual sekitar RM59 hingga RM69 sehelai selepas proses tawar-menawar.

“Kalau nak ikut banyak lagi yang akan kita kesan selepas ini. Ini permulaan untuk kita dan saya juga memberi amaran operasi sebegini akan kita teruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut Shamsul, jersi tiruan yang dijual turut dipamer secara terbuka oleh peniaga terutama sekali apabila adanya perlawanan melibatkan Kedah sama ada di negeri ini atau di gelanggang lawan.

“Kita sedang menyiasat di mana mereka memperoleh jersi tersebut dan siasatan awal kita percaya ia di peroleh dari dalam negara,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana membekal atau menawarkan barangan yang menggunakan cap dagang palsu dan boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika melibatkan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak lebih RM15,000 bagi setiap barang dan kesalahan kedua dan berikutnya tidak lebih RM30,000 bagi setiap barang.

Dalam pada itu, wakil syarikat AL-Sport Sdn Bhd, Azfar Azmi berkata, aktiviti penjualan jersi atas nama AL ini menyebabkan syarikat mengalami kerugian.

“Kita kerugian kira-kira RM8,000 setakat ini apabila jersi kita tidak dapat dijual dengan banyak kerana adanya jersi tiruan ini. Saya akan terus bekerjasama dengan KPDNKK Kedah untuk membanteras penjualan jersi tiruan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jersi TiruanKedahKPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda UMNO Labuan Tambah Baik ‘Jom Isi Minyak’

Next Post

Isu Gaji: Ayuh! Selamatkan The Red Warriors

Related Posts

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

26/09/2024
0

Alor Setar : Bilangan mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 1,567 mangsa daripada 472 keluarga yang ditempatkan di 18...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

Isu Gaji: Ayuh! Selamatkan The Red Warriors

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd