• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesat Di Gunung Panti, 4 Pelajar GiatMara Ditemui

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Empat pelajar GiatMara ditemukan dalam keadaan selamat hari ini selepas sesat hampir 20 jam semasa melakukan pendakian di Gunung Panti dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Rahmat Othman berkata kesemua mereka yang ditemui pada 11.55 pagi juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mereka yang dilapor sesat ialah Muhammad Firdaus Zainal, 18; Muhammad Nazhan Azhar, 19; Zariqh Indeed, 21 dan Mohd Fakrul Nazmi (usia tidak dinyatakan), katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rahmat, pihak polis menerima laporan akan kejadian daripada bapa Muhammad Firdaus selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya menerusi aplikasi WhatsApp petang semalam.

Susulan itu katanya, pasukan mencari dan menyelamat yang turut disertai pasukan bomba dan renjer digerakkan malam tadi bagi mengesan kumpulan pelatih GiatMara terbabit.

Operasi dihentikan sementara pada 6 pagi tadi sebelum disambung semula beberapa jam kemudian dengan bantuan pelbagai agensi, katanya.

Rahmat berkata selepas ditemui, kumpulan pelatih terbabit dibawa ke Balai Polis Batu Ampat bagi tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pendakian agar memaklumkan kepada polis dan agensi berkaitan bagi memastikan pergerakan mereka dipantau.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kota Tinggi Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed yang ditemui di kaki Gunung Panti, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu ditamatkan pada 1 tengah hari selepas kesemua mangsa berjaya dibawa turun.

“Ini merupakan kes SAR yang pertama untuk tahun ini dan mengikut statistik kita terdapat tujuh kes SAR berkaitan kejadian serupa tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd