• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

V4Putrajaya Pupuk Semangat Kesukarelawan

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melancarkan program Sukarelawan Untuk Putrajaya atau V4Putrajaya, satu inisiatif menyemai semangat kesukarelawan di kalangan komuniti dan belia setempat.

Beliau berkata antara lain, program yang disertai 1,700 peserta itu juga bertujuan memperbanyakkan aktiviti dan penyertaan sukarelawan dalam menjaga kebersihan serta memelihara persekitaran, selain memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan mereka yang berlainan latar belakang.

Katanya melalui V4Putrajaya, beliau yakin semangat cintakan kebersihan, kerja berpasukan dan menjalin silaturahim yang dilihat sedikit pudar dapat dikukuhkan semula terutamanya di kalangan generasi muda.

“Program ini akan pupuk semangat agar rakyat dapat bersama-sama kerajaan daripada hanya menyalahkan kerajaan, kementerian atau agensi di bawahnya atas apa yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing, khususnya dalam aspek penjagaan kebersihan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga anggota Parlimen Putrajaya berkata V4Putrajaya memberi peluang kepada pesertanya untuk melakukan kerja-kerja pengindahan kawasan kediaman mengikut zon yang ditetapkan dengan diterajui Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya.

Untuk program hari ini, sukarelawan terbabit akan melakukan aktiviti mengecat, menaik taraf landskap serta gotong-royong kebersihan melibatkan kawasan Presint 8 hingga Presint 10. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd