• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Iskandar Beraksi Di Sukan SEA KL Cerah

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin kini boleh menarik nafas lega selepas doktor pakar memaklumkan beliau berpeluang beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Namun buat masa ini, beliau dinasihatkan agar kerap menjalani fisioterapi kerana keretakan tulang belakangnya itu akan sembuh dengan sendiri.

Pemain berusia 25 tahun itu juga dinasihatkan menjalani latihan ringan sahaja supaya usaha pemulihan tidak terjejas.

“Sekarang kecederaan saya semakin pulih, memang ada cakera teranjak. Semalam saya sudah jumpa doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur dan doktor menjelaskan dalam sukan kecederaan ini biasa berlaku.

“Saya kembali bersemangat apabila doktor beritahu, saya masih berpeluang beraksi di Sukan SEA atau mungkin lebih awal lagi,” katanya selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara.

Menurutnya, doktor tidak dapat memastikan berapa lama untuk pulih kerana ia bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap keretakan itu sendiri.

Iskandar berkata kecederaan yang dialaminya agak serius kerana tidak menyedari keretakan tulang di belakang badannya itu lebih awal walaupun mengalami sakit yang berulang kali sebelum ini.

Pada sesi latihan pagi ini, Iskandar kelihatan bersemangat menjalani latihan bersama rakan sepasukannya termasuk jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.

Selain beraksi di Sukan SEA, Iskandar juga berharap beliau dapat menyertai skuad negara ke Piala Sudirman di Gold Coast, Australia pada 21-28 Mei ini.

Dalam pada itu, pemain ranking ke-27 dunia tersebut turut mengakui rankingnya akan terjejas berikutan kekurangan kejohanan yang akan disertainya tahun ini.

Biarpun begitu, Iskandar berkata penurunan ranking dunia itu tidak mengganggu sasaran utamanya untuk kembali kompetitif dalam persiapan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Sebenarnya, saya agak kecewa selepas dapat tahu keadaan saya kali ini lebih serius, lebih-lebih lagi apabila doktor sendiri tidak dapat pastikan bila kecederaan saya ini boleh sembuh.

“Mungkin mengambil masa setahun…jadi apabila fikirkan semula, lebih baik kecederaan ini pulih sepenuhnya kerana sasaran saya adalah Sukan Olimpik 2020. Saya tidak mahu kecederaan ini berulang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Iskandar Zulkarnain Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iskandar Layak Ganti Chong Wei – Rashid Sidek

25/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara, Rashid Sidek menyifatkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin calon paling layak bagi menggantikan tempat Datuk Lee...

Perodua Masters: Iskandar, Joo Ven Mara Undian Utama

16/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Ven memulakan saingan Perodua Masters Malaysia dengan langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd