• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Masters: Iskandar, Joo Ven Mara Undian Utama

oleh Ahmad Albab
16/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Ven memulakan saingan Perodua Masters Malaysia dengan langkah kanan apabila mara ke undian utama kejohanan badminton itu yang berlangsung di Arena Axiata di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

Pada aksi kelayakan kedua hari ini, Iskandar Zulkarnain tersentak dengan kekalahan pada set pertama 15-21 kepada Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia, sebelum bangkit pada dua set seterusnya dengan kemenangan 21-15, 21-8.

Sementara Joo Ven meraih kemenangan ‘straight set’ menewaskan pemain berpengalaman, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia; 21-19, 21-10.

Pada perlawanan kelayakan pertama, Iskandar menewaskan Lucas Corvee dari Perancis 21-6, 18-21, 21-17 manakala Joo Ven meraih kemenangan mudah selepas Fikri Ihsandi Hadmadi dari Indonesia menarik diri pada set kedua ketika sedang mendahului 21-10, 23-23.

Iskandar berkata faktor kepenatan adalah punca beliau tewas pada set pertama, namun segera bangkit mendapatkan rentak permainan kerana tidak mahu mensia-siakan peluang yamg diberikan beraksi di kejohanan berkenaan.

“Saya dapat tahu layak beraksi di kejohanan ini pada saat akhir, memang sangat gembira sebab kejohanan ini peluang saya untuk menaikkan ranking dunia. Pada pusingan pertama, saya bermain sehingga rubber set, penat masih belum hilang perlu bermain di pusingan kedua.

“Jurulatih (Datuk Misbun Sidek) banyak mendorong saya supaya memberikan segalanya pada set kedua, memang saya tidak fikir penat cuma mahu fokus menang sahaja,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Iskandar dijadual bertemu Anders Antonsen dari Denmark esok.

Sementara itu, Joo Ven berkata beliau sangat berpuas hati dengan prestasinya dan berharap dapat mengekalkan rentak kemenangan tersebut sepanjang kejohanan berkenaan minggu ini.

Katanya, beliau mahu membuktikan kemampuannya beraksi di gelanggang sendiri meskipun akur cabaran yang menantinya esok lebih sukar apabila dijadual bertemu seorang lagi pemain berpengalaman, Brice Leverdez dari Perancis.

Turut mara ke undian utama adalah Lim Yin Fun dalam acara perseorangan wanita yang menundukkan Yulia Yosephin Susantro dari Indonesia; 21-19, 21-17. Menanti beliau pada perlawanan seterusnya adalah pemain pilihan kedua Akane Yamaguchi dari Jepun.

Seorang lagi wakil perseorangan wanita negara adalah Lee Ying Ying yang menewaskan Lyanny Alessandra Mainaky dari Indonesia; 17-21, 22-20, 21-14. Beliau akan bertemu Evgeniya Kosetskaya dari Rusia.

Dalam pada itu, pemain perseorangan profesional lelaki negara, Liew Daren turut mara ke pusingan pertama esok, selepas mencatat kemenangan 21-16, 13-21, 21-7 ke atas Kim Bruun dari Denmark.

Wakil beregu lelaki negara layak ke undian utama pula adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan rakan sepasukan, Shia Chun Kang-Tan Wee Gieen 17-21, 21-15, 21-19.

Sementara pemain profesional Malaysia, Lim Khim Wah yang bergandingan dengan Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan, mara setelah meraih kemenangan 21-14, 21-14 ke atas gandingan Muhammad Fachrikar Adma Parlindungan Man-Reza Dwicahya Purnama dari Indonesia.

Dua wakil beregu wanita negara turut mara iaitu Goh Yea Ching-Teoh Mei Xing yang mendapat laluan mudah selepas pencabar mereka, Cynthia Shara Ayunidha-Ganis Nur Rahmadani dari Indonesia menarik diri ketika mendahului 21-7, 15-6.

Lim Chiew Sien-Yap Zhen pula menyingkirkan Sanyogita Ghorpade-Prajakta Sawant dari India dengan straight set 22-20, 21-18, manakala beregu campuran Chen Tang Jie-Cheah Yee See terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Riky Widianto-Masita Mahmudin dari Indonesia 16-21, 21-14, 21-15. – BERNAMA

Tags: Iskandar Zulkarnain Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iskandar Layak Ganti Chong Wei – Rashid Sidek

25/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara, Rashid Sidek menyifatkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin calon paling layak bagi menggantikan tempat Datuk Lee...

Peluang Iskandar Beraksi Di Sukan SEA KL Cerah

31/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin kini boleh menarik nafas lega selepas doktor pakar memaklumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd