• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Lembah Chuping Harus Berjaya Dilaksana

oleh Ahmad Albab
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu projek Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang kelak.

Sehubungan itu, baginda meletakkan harapan tinggi agar projek berimpak tinggi yang bakal dilengkapi dengan pelabuhan darat dan kawasan perindustrian terbesar di Perlis menjadi realiti tidak lama lagi.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, pembangunan CVIA turut akan memberi impak dari segi peningkatan hasil sumbangan zakat daripada kegiatan ekonomi di kawasan perindustrian seluas 1,214 hektar itu.

“Pihak MAIPs juga akan mendapat limpahan rahmat daripada CVIA terutama perkembangan potensi wakaf khususnya dalam wakaf korporat untuk kebaikan sosioekonomi umat Islam,” titah baginda.

Titah Tuanku Syed Faizuddin, projek CVIA juga akan membuka pelbagai peluang serta ruang untuk seluruh rakyat dari sudut ekonomi, sosial dan pendidikan.

Baginda bertitah rakyat sudah pasti mendapat manfaat secara langsung melalui pelbagai jenis pekerjaan, perkhidmatan, perdagangan dan perniagaan yang bakal ditawarkan seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan majlis pelepasan peserta program kayuhan Kelab Eksplorasi Media Malaysia (KEMM)-Vertec Central Industries (VCI) Cycling To Krabi di surau Kampung Baru Panggas, Chuping, petang semalam.

Turut hadir, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Noor dan Timbalan Pengerusi KEMM Mohd Zaki Amiruddin.

Turut berlangsung pada majlis pelepasan itu adalah program kayuhan ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Kali ke-20 bagi tahun 2017’ anjuran MAIPs dengan kerjasama Kelab Berbasikal Team Tayar Golek (TTG) Perlis.

Seramai 15 anggota KEMM yang merupakan petugas media dari pelbagai agensi di seluruh negara terlibat dalam program berbasikal sejauh 300 kilometer bermula dari Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian sehingga ke Krabi, selama tiga hari bermula pagi ini melalui wilayah Satun dan juga wilayah Trang.

Sepanjang kayuhan di wilayah Andaman, Thailand ini juga peserta program akan membantu mengagihkan brosur bagi mempromosikan ‘Perkampungan Sunah Edisi Keempat’ yang berlangsung pada 28 hingga 30 April depan di perkarangan Masjid Alwi Kangar. – BERNAMA

Tags: PerlisRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd