• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Berjaya Batal Saman Syarikat Arab Saudi

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia hari ini berjaya membatalkan saman sebuah syarikat pengimport dan pengedar buah kurma dari Arab Saudi berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas buah kurma kering.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari kepada pemberita selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar membenarkan permohonan Kastam dan Kementerian Kewangan untuk membatalkan saman Asia Kitchen Sdn Bhd selaku plaintif dalam kamarnya hari ini.

Maisarah yang mewakili Kastam dan Kementerian Kewangan yang merupakan defendan dalam kes itu berkata mahkamah memerintahkan plaintif membayar kos RM10,000 kepada kedua-dua defendan.

Peguam Rahmah Rahmat yang mewakili Asia Kitchen berkata beliau akan mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guamnya sama ada akan menfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Kedua-dua defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan kes saman tersebut tidak boleh diadili oleh mahkamah kerana ia merupakan polisi kerajaan.

Asia Kitchen memfailkan saman pada 17 Jun 2016 dengan menamakan Kastam dan Kementerian Kewangan sebagai defendan pertama dan kedua.

Mengikut penyataan tuntutan, syarikat itu menuntut supaya defendan-defendan memberikan alasan atau justifikasi ke atas GST yang dikenakan bagi kurma kering itu.

Plaintif juga mendakwa tindakan defendan-defandan adalah suatu bentuk ketidakadilan dan penganiayaan yang menyusahkan bukan sahaja kepada plaintif tetapi kepada pihak lain yang terpaksa menanggung bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Syarikat itu memohon suatu perintah supaya produk-produk asas dan perkhidmatan asas dikecualikan daripada dikenakan GST dan suatu perintah bahawa kurma kering adalah makanan sunah orang Islam dikecualikan daripada dikenakan cukai berkenaan.

Selain itu plaintif juga memohon perintah bahawa senarai buah-buahan dan sayur-sayuran, senarai barang bercukai dan tidak bercukai edisi ketiga dipinda dan kurma kering tidak dikenakan GST sama seperti kurma basah. – BERNAMA

Tags: KastamPengedar Kurmasaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd