• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Rakyat Malaysia Ucap Terima Kasih Kepada Najib

oleh
31/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Petugas Kedutaan Malaysia di Korea Utara mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membawa mereka pulang selepas dilarang meninggalkan negara itu sejak 7 Mac lepas.

Kaunselor, Mohd. Nor Azrin Md Zain berkata, semasa larangan perjalanan itu, kerajaan negara tersebut tidak mengganggu mereka malah kehidupan mereka berjalan seperti biasa.

Beliau berkata mereka bimbang dengan larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara itu walupun tidak melakukan kesalahan.

“Namun, kami tahu bahawa kami perlu meningkatkan semangat selepas kami semua risau bahawa ibu bapa dan anggota keluarga terdekat kami di Malaysia bimbang tentang keselamatan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama isteri serta tiga anaknya dengan menaiki pesawat khas dari Pyongyang di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Selain Mohd. Nor Azrin, 37, pegawai tadbir kedutaan, S, Nirmala Malar Kodi, 45, dan pembantu peribadi duta besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29, serta suaminya dan bayi mereka berusia lapan bulan turut pulang dalam penerbangan itu.

9 Rakyat Malaysia Ucap Terima Kasih Kepada Najib

Mohd. Nor Azrin berkata larangan perjalanan itu telah menyekat mereka ke Beijing untuk mendapatkan stok bekalan makanan dan melakukan transaksi kewangan.

“Seperti anda sedia maklum, setiap bulan kami pergi ke Beijing untuk menghantar wang dalam mata wang Euro dan membeli bekalan makanan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, larangan itu tidak menghalang mereka untuk berkomunikasi secara bebas melalui telefon atau aplikasi WhatsApp dengan anggota keluarga di Malaysia, yang disifatkan sebagai menyenangkan hati.

“Oleh kerana kami diarah mengemukakan laporan hairan kepada Wisma Putra, kami tahu keselamatan dan kebajikan kami sentiasa dipantau,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada kedutaan negara lain di Pyongyang yang sanggup menghulurkan bantuan bekalan makanan dan keperluan lain.

Katanya, kedutaan tersebut ialah Vietnam, Indonesia, Laos, Kemboja, Pakistan, Poland dan Sweden.

Korea Utara mengenakan larangan tersebut susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lepas. – BERNAMA

Tags: Kedutaan MalaysiaKes Bunuh Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd