• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Dijangkiti Kencing Tikus

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Taman Pinang Merah, Bukit Pinang dekat sini meninggal dunia malam tadi disyaki akibat jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus.

Amirah Maisarah Zir Omar Khan, anak sulung daripada tiga beradik meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Rabu lepas disebabkan demam panas dan sawan.

Adik mangsa, Nur Syazana, 5, disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta manakala seorang lagi adiknya, Zaharah Alisa, 3, dan ibu mereka Siti Zaleha Ramlan, 32, turut mengalami demam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata di HSB, kanak-kanak tersebut telah dirawat oleh pakar kanak-kanak dengan memberi rawatan sewajarnya, termasuk rawatan antibiotik dan antiviral.

“Di sebalik rawatan rapi yang diberi, dia tidak menunjukkan tindak balas yang memuaskan dan meninggal dunia pada 5 Dis 2014 (semalam) jam 11.27 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Norhizan berkata pemeriksaan dan ujian awal makmal HSB menunjukkan kemungkinan kejadian ini disebabkan jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus.

“Hospital Sultanah Bahiyah dalam tindakan menghantar sampel darah untuk dibuat ujian pengesahan jangkitan leptospirosis di makmal Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur. Pihak hospital turut menjalankan ujian untuk demam denggi, dan keputusan awal adalah negatif,” katanya.

Beliau berkata pihaknya difahamkan bahawa kanak-kanak berkenaan bersama anggota keluarganya pergi ke sebuah pusat rekreasi air di Yan untuk mandi-manda 12 hari sebelum kejadian.

“Pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah akan membuat siasatan terperinci ke atas ahli keluarga berkenaan untuk memastikan tahap kesihatan ahli keluarga dalam memastikan mereka diberi rawatan sewajarnya,” katanya.

Dr Norhizan berkata berikutan kejadian itu, jabatan itu melalui Pejabat Kesihatan Daerah Yan dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong dalam satu sidang media berkata punca kematian mangsa disebabkan jangkitan kuman pada selaput otak dan kuman merebak ke seluruh organ.

Katanya Nur Syazana masih dirawat di HSB manakala Zaharah Alisa dan Siti Zaleha belum dimasukkan ke hospital.

Dr Leong berkata sehubungan itu, jika terbukti berlaku jangkitan kencing tikus di kawasan rekreasi terbabit, kerajaan negeri akan mengambil tindakan segera supaya kejadian itu tidak berulang.

“Punca mungkin sebab ramai pengunjung buang sampah jadi tikus datang di kawasan tersebut. Masyarakat perlu jaga kawasan dan jangan buang sampah merata-rata.

“Kita tak boleh tutup kawasan rekreasi tu secara mendadak nanti akan datangkan kerisauan masyarakat. Saya akan minta jabatan kesihatan, perhutanan dan yang terlibat untuk pantau keadaan,” katanya.

Jenazah Amirah Maisarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Bukit Pinang pagi ini. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmeninggal duniatikus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd