• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemain Piala Presiden P.Pinang Cedera Kemalangan

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua pemain skuad bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang cedera dalam kemalangan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di Batu Maung ketika mahu ke Stadium Negeri Batu Kawan, hari ini.

Pemain pertahanan, Muhammad Shahmi Mohd Sohairi, 21, cedera parah manakala penyerang, Muhammad Asraf Aliffudin Yassin, 18, cedera ringan apabila motosikal yang mereka naiki melanggar sebuah kenderaan di susur masuk ke JSAHMS kira-kira pukul 1 tengah hari.

Pengurus pasukan, Saad Hassan berkata kedua-dua pemain kini menerima rawatan di Hospital Lam Wah Ee.

“Pasukan kami sepatutnya pergi bersama dengan bas tetapi hari ini pemandu bas cuti sakit dan semua pemain terpaksa pergi sendiri ke stadium di Batu Kawan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, beliau tidak dapat bersama kedua-dua pemain itu kerana terpaksa berada di stadium untuk perlawanan dengan Melaka United yang bermula pukul 4.45 petang tadi.

Difahamkan dalam kejadian itu, kedua-dua pemain yang menaiki motosikal dipercayai merempuh sebuah kenderaan berhampiran susur masuk ke JSAHMS.

Pulau Pinang kini menduduki tempat kelima dalam Kumpulan A Piala Presiden 2017 setelah berjaya mengumpul empat mata hasil satu kemenangan dan masing-masing satu seri dan tewas. – BERNAMA

Tags: bola sepakkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd