• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta 355: BN Buktikan Solidariti Parti Komponen

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMUR – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil alih peranan dan tanggongjawab PAS dalam membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Parlimen bukti betapa konsistennya amalan BN dalam memutuskan sesuatu perkara secara konsensus.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tradisi itu antara kunci kekuatan BN degan solidariti antara parti komponen sentiasa diutamakan dalam suasana saling menghormati dan sebagai keputusan dibuat secara konsensus.

“Ini yang membezakan barisan pro rakyat iaitu BN dengan pakatan pro DAP iaitu Pakatan Harapan. Keputusan ini juga sekali gus melambangkan betapa kerajaan BN dan Parlimen Malaysia menjunjung hak dan kebebasan setiap Ahli Parlimen.

“Sekarang bola tetap `di kaki’ PAS. Mereka parti yang ada gabungan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ada individu yang selama ini `pejuang Islam’ yang dulu bersama mereka. Ini ujian buat PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Langkah PAS membentangkan Rang Undang-Undang pindaan Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara sebelum ini dibantah oleh Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR.

PKR dan PAS setakat ini belum memutuskan kerjasama politik secara muktamad walaupun PAS telah memutuskan kerjasama dengan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.

Annuar dalam pada itu berkata, pendirian rasmi UMNO/BN berhubung bill persendirian belum dibuat kerana masih banyak perkara dan prosedur perlu dilalui dalam menggubal sesuatu akta.

Kata beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kuasa untuk memberi penjelasan kepada masyarakat dan parti sekutu PAS mengenai pindaan Akta 355 secara mendalam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Akta 355BNTan Sri Annuar Musa.UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd