• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Lagi Didakwa Anggotai Kumpulan ‘Geng 360 Devan’

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Enam lagi lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, ‘Geng 360 Devan’.

Muhammad Rushlan Abdullah, B. Letchumanan, K. Alagasuveeran, M. Paramaguru, R. Sathies dan Elangonaidu, berusia antara 31 dan 44 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mereka dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 360 Devan’ di MV Empayer Sdn Bhd, di No 1-B, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras, di sini, antara 1 Jan 2015 dan 7 Feb 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 18 April untuk sebutan semula kes.

Pada 6 Mac lepas, sebanyak 29 individu termasuk seorang ahli politik bergelar ‘Datuk’ dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang itu. – BERNAMA

Tags: Kongsi Gelappolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd