• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelatih GiatMara Memenuhi Pasaran Kerja

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – GiatMara sentiasa memastikan kursus-kursus yang ditawarkan di pusat latihannya mampu melahirkan pelatih yang memenuhi keperluan kebolehpasaran kerja.

Anggota Lembaga Pengarah GiatMara Malaysia Nor Hazreena Mohamad Hashim berkata dengan 39 kursus dan latihan bertaraf dunia, pihaknya memastikan bekas pelatihnya mampu menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari.

“Sebahagian besar pelatih yang dihasilkan oleh GiatMara berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang industri mahupun membuka sendiri perniagaan.

“Sehubungan itu lepasan sekolah yang masih tercari-cari haluan disaran menimba ilmu di pusat latihan GiatMara di seluruh negara demi jaminan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Graduasi GiatMara Negeri Pahang di Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak dekat sini hari ini yang disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Datuk Seri Sheikh Mohd Puzi Sheikh Ali.

Pada majlis itu 450 pelatih menerima sijil tamat latihan masing-masing.

Pada masa yang sama, Hazreena berkata bagi memastikan pelatih yang membuka perniagaan sendiri dapat menghasilkan produk berdaya saing, GiatMara  memperkenalkan program BeSkill pada tahun lalu.

“Melalui program tersebut, pelatih GiatMara diberikan peluang dan pendedahan untuk cara untuk mengetengahkan produk reka cipta yang boleh dipasarkan,” katanya.

Katanya usaha itu bukan sahaja dapat menonjolkan peranan GiatMara tetapi juga mampu menjana pendapatan lumayan bagi pelatih terlibat. – BERNAMA

Tags: GIATMARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar GiatMARA Terkena Renjatan Elektrik Ketika Banjir

25/05/2022
0

SEKINCHAN : Seorang pelajar lelaki cedera terkena renjatan elektrik di GiatMARA Sekinchan, di sini, ketika kawasan itu dinaiki banjir kilat...

Kursus GiatMara Disesuaikan Dengan Keadaan Semasa

01/02/2018
0

YAN - Kursus baharu yang ditawarkan di GiatMara di seluruh negara kini disesuaikan dengan keadaan semasa seperti kursus perkhidmatan rel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd