• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Pakatan Harapan Tak Ditukar Buat Masa Ini

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Buat masa ini nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar sekalipun ada gesaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar nama blok pembangkang itu diubah, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun katanya cadangan PPBM itu akan dibincang di peringkat sekretariat pakatan.

Pada masa sama, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyambut baik langkah Pakatan Harapan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat jawatankuasa sementara mereka.

Katanya pelantikan itu bertujuan mempamerkan perpaduan memandangkan kedua-duanya akan menjadi personaliti utama dan simbol dalam Pakatan Harapan.

Sebelum ini dilaporkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad berkata pakatan pembangkang bersetuju menubuhkan jawatankuasa sementara 18 anggota dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin.

Daripada 18 kerusi itu, 16 akan dibahagikan sama rata dalam kalangan empat parti manakala dua keanggotaan khas diperuntukkan kepada Dr. Wan Azizah dan Dr. Mahathir, katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Engpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd