• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Berdepan Detik Cemas Lori Kontena Terbakar

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pemandu kontena berdepan detik cemas apabila lori yang dipandunya terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 388.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tanjung Malim, awal pagi tadi.

Kejadian pada kira-kira 5.30 pagi itu berlaku apabila lori kontena yang dipandu Mohd Rafis Mohd Saad, 27, dengan muatan kotak melanggar sebuah treler membawa ubat-ubatan dari arah belakang sebelum terbabas dan terbakar.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Ahmad Mat Isa berkata ketika kejadian, treler berkenaan yang dipandu Muhamad Kamal Che Kussin, 25, dalam perjalanan dari arah Pulau Pinang menghala ke Klang, Selangor.

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.01 pagi.

Beliau berkata sepasukan anggota dengan bantuan daripada Balai Bomba Tanjung Malim serta Bidor dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 60 peratus daripada kontena itu telah terbakar.

Katanya operasi tamat sepenuhnya kira-kira 11.43 pagi. – BERNAMA

Tags: kebakaranLori Kontena
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd