• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beauty & The Beast Boleh Tayang Babak Gay

oleh
29/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kelulusan tayangan filem ‘Beauty and The Beast’ di bawah klasifikasi P13 tanpa ditapis diputuskan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) dan bukannya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam kenyataan hari ini menjelaskan JKRF adalah sebuah jawatankuasa yang bebas daripada LPF yang ditubuhkan berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 dan tidak terikat dengan keputusan LPF.

“JKRF diperuntukkan kuasa untuk mengesahkan, mengubah atau mengakas keputusan LPF,” tambahnya.

KDN menyatakan pandangan bahawa LPF membuat ‘u-turn’ atau mengubah keputusannya dalam menapis filem Beauty and The Beast adalah tidak berasas.

KDN turut menyatakan LPF menapis filem Beauty and the Beast itu pada 17 Februari dan memberi keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) melibatkan tiga potongan dan satu dialog disenyapkan atas asas ia mengandungi elemen mempromosi gaya hidup gay.

Menurut KDN, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan LPF boleh mengemukakan rayuan kepada JKRF dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan LPF.

Menurut KDN lagi, pihak pengeluar filem iaitu Walt Disney Pictures, Amerika Syarikat melalui syarikat Buena Vista Columbia Tristar Films (M) Sdn. Bhd. mengemukakan rayuan kepada JKRF pada 20 Mac.

JKRF menapis filem itu dan menimbang rayuan pihak pengeluar filem pada 21 Mac serta memutuskan untuk beri kelulusan untuk tayangan di Malaysia di bawah klasifikasi P13 tanpa ditapis (Lulus Bersih dengan klasifikasi P13), katanya.

Ia atas alasan elemen gay dalam filem tersebut adalah ringan dan tidak menjejas elemen positif yang dipaparkan dalam filem tersebut, tambahnya.

“Kewujudan LPF dan JKRF secara berasingan berdasarkan undang-undang iaitu Akta Penapisan Filem (2002) menunjukkan terdapatnya elemen semak dan imbang dalam proses penapisan filem di negara ini,” menurut KDN.

Mengenai penangguhan tayangan filem itu di Malaysia, KDN menjelaskan ia adalah keputusan pihak pengeluar iaitu Walt Disney Pictures dan pengedar filem, Buena Vista Columbia Tristar Films.

“Keputusan penangguhan tayangan filem berkenaan tiada kaitan dengan LPF,” menurut KDN. Naskhah bercorak muzikal dan fantasi itu akan ditayangkan di pawagam di Malaysia 30 Mac. – Bernama/HAA

Tags: Beauty and The BeastLPF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Polis Evo 2 – Biar Penonton Nilai

14/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Semakan semula kandungan filem Polis Evo 2 selepas karya kontroversi itu melalui prosedur kelulusan dua agensi kerajaan...

Tanpa Potong: Beauty And The Beast Ditayang 30 Mac

23/03/2017
0

PENANTIAN peminat filem di Malaysia akhirnya terjawab apabila filem Beauty and the Beast sah bakal ditayangkan di negara ini bermula 30...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd