• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Tunggu Jawapan Guru Kutuk Kerajaan

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan masih menunggu jawapan daripada lima guru yang diberikan surat tunjuk sebab apabila memburukkan kerajaan dengan menaiki pentas politik pembangkang, kata Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Untuk terlibat dengan politik tidak menjadi masalah, tetapi jangan sampai naik pentas pembangkang dan mengeluarkan perkataan yang melampau,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata bentuk tindakan terhadap guru terbabit bergantung kepada kerjasama yang diberikan mereka.

Mahdzir sebelum ini dilaporkan berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.

Beliau turut menegaskan tidak menjadi masalah untuk seorang penjawat awam membuat komen di media sosial tetapi ia haruslah komen yang membina.

Baca: 5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid

“Kalau dia kritik kita untuk kebaikan tidak ada masalah, seperti isu budak duduk di atas lantai kerana tiada kerusi dan kita memeriksa di sekolah tersebut memang tiada kerusi di sekolah itu.. itu ok lah,” katanya.

Mengenai pertemuan dengan Miyagawa, Mahdzir berkata Duta Jepun itu menyampaikan sumbangan kerajaan Jepun berjumlah kira-kira AS$69,000 kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA).

IPGKBA dipilih sebagai penerima sumbangan di bawah ‘Grant Assistance for Cultural Grassroots Project‘ (GCGP) itu kerana merupakan satu-satunya IPGK yang melaksanakan program pendidikan guru Bahasa Jepun, katanya.

“Sumbangan itu akan digunakan bagi menaik taraf makmal bahasa dan bilik latihan di kampus tersebut serta fasiliti lain yang berkaitan,” katanya.

Program latihan dan perkhidmatan guru mata pelajaran Bahasa Jepun telah melahirkan 67 orang guru dari 2005 hingga 2013 yang ditempatkan di sekolah menengah berasrama penuh dan sekolah menengah harian biasa di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidKementerian Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd