• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Black Eagles ‘Gegar’ Ruang Udara Ibu Kota Esok

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sembilan pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik Tentera Udara Republik Korea akan ‘mengegarkan’ ruang udara Kuala Lumpur, esok.

Pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari republik itu mendapat perhatian ramai ketika pertunjukan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2017 (LIMA’17) yang melabuhkan tirainya Sabtu lepas.

Menurut kenyataan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini, pasukan Black Eagles akan melakukan terbang lintas selama 15 minit di ruang udara ibu negara.

“Terbang lintas itu bermula pada 10.30 pagi dan dijangka berakhir sekitar 10.45 pagi. Pasukan terbabit akan turut melintasi Menara Berkembar Petronas di ibu kota,” tambah kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung situasi berkenaan.

“Dengan terbang lintas ini, orang ramai berpeluang menyaksikan kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles yang telah membuat pertunjukan udara di LIMA’17 baru-baru ini,” kata kenyataan itu.

Black Eagles yang pertama kali tampil di LIMA adalah antara pasukan aerobatik yang mencuri tumpuan ketika pertunjukan udara LIMA’17 pada 20 hingga 25 Mac lalu, selain Russian Knights dari Tentera Udara Russia (RAF) dan Jupiter dari Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU). – BERNAMA

Tags: Korea SelatanLIMA 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd