• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Antara Didakwa Anggotai ‘Geng 21 Japan’

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepuluh lelaki termasuk seorang bergelar ‘Datuk’, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang antara Januari 2015 hingga Ogos tahun lepas.

Mereka ialah Datuk K. Elumalai, 43, K. Puvendran, 29, M. Kishok Kumar, 26, R. Ganabathy, 31, R. Shamuga Nathan, 38, S. Jeeva, 27, S. Rajandran, 40, M. Suresh, 40, Law Koon Ping, 44, dan S. Elango, 36.

Kesemua tertuduh didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang iaitu ‘Geng 21 Japan’ di Wilayah Iskandar, Johor Bahru, antara 18 Jan 2015 hingga 19 Ogos 2016 dan dituduh mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam kerana kes itu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Elumalai dan Puvendran diwakili peguam Tania Scevetti yang menyebut bagi pihak peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Suresh dan Jeeva diwakili peguam R. K Menon, Shamuga Nathan dan Ganabathy pula diwakili peguam Mohd Hazrin Alif Wahab.

Selain itu, Law dan Rajandran diwakili peguam Anuar Raof, manakala Elango diwakili peguam Lily Chuah.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: datukGeng 21 Japan'Kumpulan Jenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap individu yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri mahupun Datuk sepatutnya tampil mempertahankan institusi Raja. Pendakwah...

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd