• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perlis Usul Pinda Undang-Undang Tangani Ketum

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengusulkan agar pindaan undang-undang berkaitan penagihan ketum dilakukan segera bagi memantapkan penguatkuasaan.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatiannya, polis tidak mampu menangani sepenuhnya masalah itu disebabkan undang-undang yang ada tidak selaras dengan langkah penguatkuasaan.

“Kekangan dihadapi polis disebabkan kelemahan peruntukan undang-undang itu yang tidak mengharamkan penanaman ketum tetapi penjualannya pula diharamkan.

“Oleh itu perlu ada mekanisme seperti undang-undang (berkaitan ketum) yang selaras dengan objektif polis agar penguatkuasaan terhadap kesalahan berkenaan dapat dilakukan secara optimum,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Azlan berkata kerajaan negeri memandang serius hal berkaitan penyalahgunaan ketum itu kerana ia merupakan antara masalah yang perlu dibanteras di Perlis selain kegiatan penyeludupan dan jenayah lain.

“Saya yakin anggota polis sentiasa komited dalam menjalankan tugas mereka dalam memerangi jenayah secara habis-habisan serta meletakkan kadar jenayah di negeri ini pada tahap yang paling rendah,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan peribadi kepada 15 angota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis yang menghidap penyakit kronik sempena Hari Polis ke-201. – BERNAMA

Tags: ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd