• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Ekspres Didakwa Sebabkan Kematian

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang wanita, semalam.

Muhd Farizan Awang, 39, didakwa memandu di jalan raya dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan susur keluar Bukit Tambun, di sini pada 4.20 pagi nsemalam.

Lelaki itu yang memakai kemeja T berwarna oren didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazri Zaharinan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan terhadapnya dikurangkan atas alasan menyara tiga orang anak dan isteri yang tidak bekerja.

Majistret Shamshol Azwa Martadza kemudian membenarkan Muhd Farizan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes tersebut selesai.

Mahkamah menetapkan 4 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahpemandu bas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd