• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puspakom Nafi Kakitangannya Terlibat Daesh

oleh AK-47
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puspakom Sdn Bhd hari ini menafikan dakwaan bahawa kakitangannya adalah ‘suspek’ yang terlibat dalam kumpulan ‘Gagak Hitam’ dikaitkan dengan Daesh.

Puspakom dalam satu kenyataan media hari ini berkata rekod dan pemeriksaan oleh pihaknya ke atas sistem dan kakitangannya di seluruh negara mendapati tiada kakitangannya ditahan oleh Polis Diraja Malaysia berkaitan Daesh seperti dilaporkan media baru-baru ini.

“Nama ‘suspek’ seperti yang dilaporkan dikenalpasti sebagai kakitangan Puspakom, sebaliknya bukan kakitangan kami.

“Tidak ada sebarang nama ‘suspek’ yang padan dengan nama-nama kakitangan kami,” katanya.

Pada 24 Mac lalu media melaporkan sembilan lelaki termasuk seorang guru sekolah rendah disyaki terbabit dengan kegiatan militan Daesh ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 15 Mac hingga Selasa lepas.

Menurut laporan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek pertama yang ditahan pada 15 Mac ialah seorang juruteknik Puspakom Sdn Bhd, berusia 27 tahun di Klang.

Beliau berkata suspek merupakan salah seorang anggota sel kumpulan Telegram ‘Gagak Hitam’ (Sel Kumpulan pengganas Daesh yang terlibat dalam insiden letupan di Kelab Movida, Puchong). – BERNAMA

Tags: DaeshPuspakom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

Nahas UPSI: Laporan Awal PUSPAKOM Dapati Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas

14/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya...

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Isu kartel dan 'runner' yang memanipulasi proses pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sudah lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd