• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas ADUN Dipilih Sebagai Ketua Satu Lepas

oleh AK-47
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Bekas wakil rakyat, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dipilih sebagai Ketua Satu Lembaga Pembangun Sastera Perak (Lepas) yang baharu untuk tempoh 2017 hingga 2019.

Beliau yang sinonim dalam sukan bola sepak negara menang tanpa bertanding bagi menggantikan bekas Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Khairuddin Arshad dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agung ke-65 Lepas di Kuala Kangsar, semalam.

Raja Ahmad Zainuddin, 69, berkata Lepas yang diasaskan pada 1951 kini berusia 66 tahun adalah badan sastera tertua di Malaysia dan merupakan anggota Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena).

Katanya Lepas akan terus berjuang memelihara serta mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu dan tidak akan berkompromi dalam menegak dan memelihara bahasa kebangsaan.

“Lepas akan bersama kerajaan dalam mempertingkatkan bahasa Melayu termasuk menerusi penganjuran Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, Lepas juga akan memohon sebidang tanah daripada kerajaan negeri bagi dijadikan bangunan kekal Lepas yang sekarang menyewa di bangunan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemergian Raja Ahmad Zainuddin Kehilangan Besar

11/06/2017
0

IPOH - Pemergian bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, 61, disifatkan...

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Raja Ahmad

09/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Anggota Parlimen Larut, Datuk Seri Raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd