• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemergian Raja Ahmad Zainuddin Kehilangan Besar

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemergian bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, 61, disifatkan sebagai satu kehilangan besar dalam bidang sukan dan politik tanah air.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata banyak pandangan serta sumbangan telah diberikan Allahyarham dalam memastikan kedua-dua bidang menempa kejayaan yang membanggakan.

“Sewaktu saya masuk dalam arena politik, Allahyarham merupakan antara tokoh yang cukup komited dalam memberi sumbangan demi memastikan pentadbiran negeri berada dalam keadaan baik.

“Malah ketokohan Allahyarham juga cukup terserlah dalam bidang sukan terutama bola sepak kerana beliau antara individu yang menjadi tokoh pembicara dalam kepimpinan bola sepak negara dan negeri,” katanya ketika menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Kampung Seri Ampang B, di sini, hari ini.

Katanya, Allahyarham juga bukan sahaja berpengalaman luas dalam bidang penulisan akhbar malah turut berbakat dalam menghasil karya berbentuk novel.

“Kita rasa kehilangan yang amat sangat kerana jasa beliau yang pelbagai kepada negara dan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry merakamkan ucapan takziah dan berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata Allahyarham merupakan tokoh paling berjaya dalam memastikan pasukan bola sepak Perak menjadi antara gergasi bola sepak tanah air.

Katanya, kejayaan membawa Perak merangkul kejuaraan Piala FA pada tahun 1990 selain Piala Malaysia pada 1998 dan 2000 cukup membuktikan kredibiliti yang dimiliki Allahyarham.

“Sehingga kini, tiada lagi mana-mana pengurusan pasukan bola sepak Perak yang mampu menandingi kecemerlangan yang ditonjolkan Allahyarham.

“Ketegasan dan komited merupakan dua perkara yang menjadikan nama Allahyarham sentiasa meniti dibibir para penyokong bola sepak Perak,” katanya.

Allahyarham Raja Ahmad Zainuddin menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi di sebuah hospital swasta di sini akibat jangkitan kuman. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd KadirDatuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd