• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CCRIS Berjaya Buat Lebih Ramai Peminjam Bayar Balik PTPTN

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan nama peminjam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) menjelang 1 Januari tahun depan telah menunjukkan peningkatan dalam pembayaran balik.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pembayaran balik dari 4 November hingga 27 November meningkat sebanyak 69 peratus atau RM23 juta berbanding tempoh yang sama pada bulan Oktober.

“Purata pembayaran balik bagi bulan September adalah RM1.8 juta setiap hari, manakala pada bulan Oktober, ia telah meningkat kepada RM2.5 juta sehari,” katanya.

Shamsul Anuar berkata lebih ramai yang menghubungi talian hotline PTPTN dan pergi ke kaunter ‘walk-in’ cawangannya untuk menyemak status pinjaman mereka.

Beliau berkata PTPTN berharap untuk memenuhi sasaran mendapatkan semula 60 peratus daripada pinjaman terkumpul.

“Perkara yang paling penting adalah, jika anda mempunyai masalah, datang dan bercakap dengan kami,” katanya kepada The Star.

Shamsul Anuar menegaskan bahawa CCRIS adalah satu sistem yang mengumpul maklumat kredit peminjam dan telah digunakan untuk menentukan sejarah kredit seseorang dan ia bukanlah sistem senarai hitam.

Beliau berkata PTPTN telah mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan pembayaran balik dibuat dengan sebaiknya.

“Ini termasuk mengeluarkan notis dan peringatan, menghantar nama mereka kepada senarai hitam Jabatan Imigresen dan mengambil tindakan undang-undang.

“Walau bagaimanapun, mereka masih bermasalah dalam pembayaran balik. Oleh itu, CCRIS adalah satu pendekatan untuk memastikan bahawa peminjam lebih berdisiplin dalam membayar balik pinjaman mereka, ” katanya.

Mengenai isu peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman kerana mereka tidak mendapat kerja, beliau berkata PTPTN menyedari masalah mereka.

“Dalam kes seperti ini, kami menggesa mereka untuk berbincang dengan kami.

“Masalahnya, mereka tidak tampil bertemu kami,” katanya. – mStar Online

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd