• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Seludup Syabu Ke Kem Tentera

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Dua lelaki ditahan atas cubaan menyeludup dadah jenis syabu kepada rakannya yang sedang ditahan di pusat tahanan di sebuah kem tentera dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata kedua-dua suspek yang berusia 21 dan 25 tahun, telah diserahkan kepada pihak polis semalam, oleh pegawai tentera yang berjaya menghidu perbuatan mereka.

“Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Felda Keratong, telah datang untuk melawat rakan mereka yang merupakan tahanan tentera di sebuah kem dekat sini.

“Semasa di pondok lawatan, pegawai tentera telah memeriksa bungkusan roti yang dibawa untuk diserahkan kepada tahanan dan didapati di dalam roti telah diselitkan dadah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hamazah berkata pemeriksaan lanjut telah menjumpai sepaket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 5.82 gram dan sepaket plastik disyaki mengandungi sebiji pil yaba.

Beliau berkata seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau dan saringan awal ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek ditahan reman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd