• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kim Jong-nam Sudah Dibawa Keluar Dari HKL?

oleh
27/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawasan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menempatkan mayat Kim Jong-nam kini tidak lagi ‘diberi kawalan ketat’ pihak polis.

Tinjauan Bernama sekitar pukul tujuh malam semalam mendapati, pintu utama IPFN yang sebelum ini ditutup rapat telah pun dibuka sepenuhnya dan orang ramai berurusan di IPFN bebas dibenarkan untuk keluar dan masuk.

Jurugambar Bernama, Mohamad Helmizuddin Daud memberitahu, dia berasa pelik kerana kebiasaannya anggota polis mengawal ketat pintu masuk IPFN dengan hanya membenarkan dua atau tiga ahli keluarga sahaja boleh berurusan di situ.

Difahamkan kawalan ketat tersebut dilonggarkan selepas sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna putih kelihatan beredar dari IPFN, sekitar 2 petang semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam semalam berkata, kerajaan dijangka memutuskan segera tindakan ke atas mayat Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara dalam tempoh terdekat ini.

Beliau malahan berkata, perbincangan lanjut masih lagi dijalankan dengan pelbagai pihak berkaitan termasuk Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan Korea Utara.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam mati dibunuh di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, Selangor ketika menungggu penerbangan untuk ke Macau, China.

Dia dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX. Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: IPFNKim Jong-NamKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd