• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Kelas Pendidikan Khas Di Semua Sekolah

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kementerian Pendidikan diminta mewujudkan kelas pendidikan khas di semua sekolah rendah dan menengah bagi memudahkan ibu bapa memiliki anak istimewa menghantar mereka untuk belajar.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata ia bagi memastikan anak istimewa tidak terpinggir dan turut mendapat pembelajaran berterusan dan lancar.

“Seiring dengan pendidikan untuk semua yang diwajibkan kerajaan, kanak-kanak istimewa juga tidak terkecuali dan mereka perlu diberi perhatian serta mendapat hak sewajarnya dalam sistem pendidikan di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata demikian ketika berucap pada program Hari Down Syndrome Daerah Tawau di Dewan Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu, di sini hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak istimewa tidak boleh disisihkan malah memerlukan layanan pendidikan sempurna demi menjamin masa depan yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

“Ramai daripada kita sering terlepas pandang atau mungkin tidak menyedari satu peratus penduduk negara adalah kanak-kanak istimewa dan mereka memerlukan perhatian khusus atau pendidikan khas dalam pembelajaran.

“Ibu bapa juga perlu memberi kepercayaan kepada anak-anak ini untuk mendapatkan pendidikan bagi membolehkan mereka berdikari pada masa akan datang,” katanya.

Hamisa berkata sikap tidak peka atau sambil lewa terhadap masalah pembelajaran kanak-kanak istimewa akan menyebabkan golongan berkenaan tercicir daripada menerima pendidikan.

Sementara itu, beliau berkata bidang pendidikan khas perlu diperluaskan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan cenderung mendalami bidang berkenaan.

Katanya, latihan dan kemahiran perlu diberikan kepada individu yang benar-benar ikhlas dan berminat untuk mendidik kanak-kanak istimewa.

“Malah bagi memastikan anak istimewa mendapat pembelajaran berterusan di rumah, sekolah mungkin boleh memberi kebenaran membawa pulang atau meminjam alat bantu pembelajaran kepada ibu bapa,” katanya. – BERNAMA

Tags: PendidikanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd