• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabuhan Tok Bali Perlu Tingkatkan Perhidmatan

oleh Ahmad Albab
26/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Pelabuhan Perikanan Tok Bali di sini, berpotensi menjadi hab perikanan laut dalam yang utama di rantau ini sekiranya pelbagai perkhidmatan bertaraf antarabangsa dapat disediakan di pelabuhan itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata potensi itu jelas dilihat apabila pendaratan ikan di Kelantan mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun.

“(Pendaratan ikan) daripada 62,238 tan metrik ikan pada 2014, ia telah meningkat kepada 218,800 tan metrik pada tahun lepas (2016),” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama nelayan di pelabuhan tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Semerak Datuk Zawawi Othman, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Ahmad Shabery berkata antara perkhidmatan yang perlu dipertingkatkan itu ialah bilik sejuk beku, bekalan ais yang berkualiti dan mencukupi untuk jangka panjang, kilang industri hiliran, logistik dan memastikan tahap kebersihan memenuhi piawaian antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau mahu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Semerak yang mengendalikan pelabuhan tersebut mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan di pelabuhan itu.

Ahmad Shabery mahu persatuan nelayan terbabit merebut peluang perniagaan yang diberikan kerajaan kepada mereka untuk menjana pulangan yang terbaik melalui kewujudan pelabuhan tersebut.

Sementara itu, mengenai bekalan ikan di pasaran termasuk pada bulan Ramadan akan datang, Ahmad Shabery memberi jaminan ia mencukupi dan harga yang ditawarkan mampu dibeli oleh semua rakyat.

Beliau berkata selain memastikan pertambahan pendaratan ikan, pihak kementerian juga akan meningkatkan sistem pengedaran ikan yang lebih berkesan ke seluruh negara.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut menyampaikan 50 surat kelulusan lesen Pukat Suluh Bilis, 45 sijil alat Sistem Pengecaman Automatik, 50 unit tong insulasi, 40 unit GPS (sistem kedudukan global), 150 pukat hanyut dan 160 unit pelampung keselamatan kepada nelayan jajahan Pasir Puteh, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.

Beliau turut melancarkan projek membina unjam di perairan Kelantan yang akan memberi manfaat kepada lebih 3,400 nelayan. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd