• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Sedia Dedah Kepada SPRM Cubaan Rasuah

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ini Johor… kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gela­ran dengan wang ringgit.”

Demikian titah tegas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menegaskan bahawa peng­anugerahan gelaran serta darjah kebesaran dari negeri ini bukan untuk dijual beli.

Justeru, baginda bersedia men­dedahkan maklumat kepa­da pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) me­ngenai orang tengah yang cuba merasuah bagi mendapatkan gelaran Tan Sri.

Baginda mendedahkan telah menerima tawaran sebanyak RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya mahu SPRM datang menghadap saya segera bagi menyiasat perkara ini,” titah Sultan Ibrahim dalam catatan terbaharu menerusi laman sosial Facebook rasmi baginda lewat Sabtu.

Sultan Johor sentiasa tegas dalam pengurniaan gelaran Datuk dan memberi amaran bahawa penganugerahan gela­ran serta darjah kebesaran dari ne­geri itu bukan untuk dijual beli.

Baru-baru ini, Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa penganugerahan darjah dan gelaran perlu melalui proses penapisan yang ketat oleh kerajaan negeri, Jumaah Majlis Diraja Johor dan anggota kerabat diraja Johor.

Selain itu panel tersebut turut menyiasat latar belakang gaya hidup setiap bakal calon penerima pingat serta penapisan keselamatan oleh pihak polis sendiri untuk memastikan bebas jenayah.

Sultan Ibrahim dilaporkan menyebut bahawa proses tapisan yang ketat telahpun dijalankan semasa pemerintahan Almarhum ayahanda baginda lagi.

Malahan sambil menegaskan bahawa pengurniaan gelaran adalah le­bih sukar ketika pemerintahan baginda pada masa sekarang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRMSultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd