• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amar Bahrin Larang Amyra Rosli Berlakon

oleh AK-47
25/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK Amyra Rosli disahkan hamil tujuh minggu, pelakon Amar Baharin mengambil keputusan melarang isterinya daripada mengambil sebarang tawaran lakonan.

Menurut Amar, larangannya itu bersebab kerana dia hanya ingin memastikan Amyra dapat berehat sepenuhnya bagi menjaga kandungan sulung.

“Saya nak dia betul-betul rehat pada masa yang sama memastikan bayi yang dikandung normal dan kuat. Saya berharap semua orang faham situasi dia sekarang. Biarlah dia berehat sepenuhnya daripada bidang seni sehingga selesai proses kelahiran dan berpantang.

“Banyak perancangan untuk anak belum ada lagi. Ini kerana kami hendak fokus kepada kandungan dulu. Apabila kandungan sudah betul-betul kuat, baru kami berbincang apa yang perlu dibuat. Tetapi untuk Amyra, kena rombak balik jadual dia. Saya kena kurangkan penggambaran drama serta fokus kepada pengacaraan dan duta produk sahaja,” kata Amar dipetik Berita Harian.

Amar turut menjelaskan, walaupun usia kandungan isterinya masih terlalu awal untuk dihebahkan namun mereka mengambil keputusan untuk mewar-warkan perkara itu terlebih dahulu kerana sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan peminat masing-masing.

Amar dan Amyra bernikah pada 11 November tahun lalu di Sunway Montana, Kuala Lumpur.

Pasangan ini mula menjalin hubungan selepas digandingkan dalam drama bersiri Suamiku Encik Sotong yang ditayangkan di Astro Ria. – MYNEWSHUB.CC

Tags: amar baharinAmyra Roslipelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd