• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tolonglah Tok Lebai Solatkan Dia” – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Hujungnya nanti keluarga mereka pun akan ziarah Tok Lebai juga. Siap bawa sekujur tubuh di kain putih. Tolonglah Tok Lebai solatkan dia” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau dipercayai membuat kenyataan itu bagi menyindir Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana memperlekehkan golongan Tok Lebai baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh menjelaskan, mereka yang memperlekehkan golongan Tok Lebai berpandangan lebai hanya layak menyampaikan khutbah di masjid atau mengetahui solat Jumaat.

“Tok lebai tahu sempadan kuasanya adalah masjid. Di luar masjid, Tok Lebai tahu khutbahnya tak laku. Jika Tok Lebai berkeras mahu berkhutbah dan bersyarah juga di luar masjid, bersedialah untuk rebah tersungkur. Tak kena gaya, ditertawakan saja.

“Jadi ingatlah, jika Tok lebai nak selamat hidup aman sentosa, Tok Lebai berkhutbahlah di masjid seberaninya. Jangan tunjuk berani di luar masjid. Rebah tersungkur lagi ditertawakan nanti,” sindirnya lagi dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Azmin sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.

Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.

Mohamed Azmin dipercayai mengeluarkan kenyataan itu gara-gara berang dengan pengumuman PAS mahu memenangi kerajaan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tok Lebai tersungkur kerana nak sangat kacau orang politik. Angan-angan nak ambil negeri orang. Nak tawan Putrajaya la. `Last-last’ tersembam jatuh. Ditertawa lagi,” sindir Nik Mohamad Abduh lagi.

Justeru, beliau menyindir, “Jangan jadi Tok Lebai seperti beliau jika mahu hidup aman damai, jaga masjid, jaga madrasah dan tunggu sahaja orang mati.

“Jangan sedih, orang politik akan ziarah tok lebai dengan senyum manis nanti pada hari Jumaat. Nasib diuntung ada wang RM100 masuk poket Tok Lebai hadiah daripada orang politik yang baik-baik,” katanya sinis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmin Ali
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd