• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuasy Berpasukan Wanita: Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2014 yang berlangsung di Pusat Skuasy Mark Sachvie, Kanada.

Dalam perlawanan suku akhir yang diadakan lewat Khamis, skuad negara diketuai pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David menewaskan pilihan kelima, Perancis 2-0.

Low Wee Wern memberikan permulaan yang sempurna dengan menewaskan Coline Aumard; 11-4, 11-8 dan 11-9 dalam masa 41 minit sebelum Nicol memastikan kemenangan negara dengan menewaskan pemain nombor enam dunia, Camille Serme; 11-6, 11-9 dan 13-11 dalam masa 45 minit.

Mengulas kemenangan itu, Nicol berkata beliau gembira melihat skuad negara mara ke separuh akhir dan pada masa sama berharap agar rakan berpasukannya akan melakukan yang terbaik menentang pilihan utama, Mesir dalam perlawanan separuh akhir, lewat hari ini (Jumaat).

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu juga memuji Camille yang memberi tentangan hebat terhadap beliau terutamanya pada set ketiga perlawanan.

“Beliau (Camille) tidak mendapat rentak pada permainan pertama, namum beliau bangkit kembali dan dalam permainan kedua, dia mula menyerang dengan baik melalui pukulan kilas.

“Dalam set ketiga, beliau banyak mengawal bola dan saya tidak mendapat bola sebanyak dalam permainan kedua dan pertama. Jadi, saya mengambil lebih masa untuk mengawal bola dan memastikan saya lebih komited pada setiap pukulan dan mengikuti beliau,” kata Nicol seperti dipetik dalam laman web kejohanan di www.wwt2014squash.com.

Sementara itu, juara bertahan Mesir menewaskan pilihan ketujuh, Australia dengan skor yang sama dalam perlawanan suku akhir yang lain.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan berkenaan ialah menduduki tempat ketiga dalam empat edisi sebelum ini, 2006, 2008, 2010 dan 2012. – BERNAMA

Tags: Skuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd